Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Harun mula ditubuhkan pada Mei 1959 dengan nama Darjah Menengah Melayu Tanjong Karang (D.M.M.T.K.) di bangunan Sekolah Umum Batu 7 Tanjong Karang dengan 40 orang pelajar dan 3 orang guru. Pada tahun 1964 semua pelajar tingkatan 1 ditumpangkan di  Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Hwa Kiew Tanjong Karang kerana pertambahan bilangan pelajar.

   Pada 2 Januari 1965, pelajar berpindah ke bangunan baru  di Batu 8 Tanjong Karang dengan nama Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjong Karang. Pada 20 Julai 1968, Menteri Besar Selangor, YAB Dato' Harun b. Idris merasmikan sekolah ini dan memberi nama baru iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Harun, sempena nama beliau.

   SMK Dato' Harun terus menjadi sebuah sekolah menengah tunggal di kawasan Tanjong karang untuk menjadi sekolah tumpuan bagi penduduk di sekitar Tanjong Karang. Pada tahun 1980-1984, jumlah pelajarnya pernah mencapai angka 2000 dan terpaksa membuka sebanyak 32 kelas (97 orang guru) dan asrama.

    Moto SMK Dato' Harun, ''Terus Maju''. Amat ringkas, namun mempunyai maksud yang mendalam. Seiring dengan misinya, iaitu meningkatkan taraf insan pelajar ke tahap yang paling tinggi untuk mencapai kecemerlangan di dunia dan kesejahteraan di akhirat, SMKDH, ''Sekolah Mengunggguli Kecemerlangan Dalam Hidup''...

Make a Free Website with Yola.